magnet diri : KUASA PENGARUH


Assalamualaikum.,alhamdulillah...ok hari ni sis datang ke blog yang sudah lama bersarang kesian dia...maaflah,busy sikit lately ni sbb bulan 1 hari tu diberi tugas untuk jaga anak sedara pulak...jadi baby sitter lah sis ni,...:D
ok inshaAllah hari ni sis nak share sikit apa yg sis dengar dan lihat...hope u oll's dapatlah siskit apa yang sis nak share ni..
sis dengar ni dekat TV ALHIJRAH (ASSALAMUALAIKUM) waktu tu Amin Idris yang mengacarakan MAGNET DIRI yang bertajuk KUASA PENGARUH...
hah...macam best je tengok tajuk tu...

kita cerita pasal orang yang berpengaruh...
apa yang kita faham dari maksud PENGARUH or ORANG BERPENGARUH??
maksud orang yang berpengaruh dari apa yang sis dengar dari Sir Amin Idris ni,

"orang yang berpengaruh adalah orang yang MENCIPTA PELUANG"

hah...nampak tak...

"dan kuasa PENGARUH  tersebut kita sudah memilikinya pun"

serius ke kita dah ada???

"sewaktu kita lahir pun sudah kita mencipta suatu PENGARUH tersebut....ok saya buat contoh PENGARUH ini dengan BABY"

huh?? baby??

" 3 kuasa pengaruh yang kita sudah ada..
* kuasa SENYUMAN dan KETAWA :
cth : kalau baby senyum pada kita...mesti kita nampak dia kita akan cakap "owh comelnya baby kalau senyum" (and then pasti kita tersenyum balik..right??) 


nampak tak?? dia berjaya buat kita terpengaruh dengan senyuman dia??
itulah yang dikatakan pengaruh iaitu MENCIPTA PELUANG.

* kuasa TANGISAN dan KELUHAN
cth : kalau baby menangis...sentiasa menangis...mesti kita risau kan?? "apalah yang tak kena pada anak aku ni....dah tukar lampin masih nangis??? dah bagi susu tak nak minum??" ( kita berteka teki pada diri sendiri dan membuatkan kita rasa runsing)


pasti kita akan buat sesuatu agar dia berhenti menangis..
nampak tak?? sekali lagi, dia berjaya buat kita terpengaruh dengan tangisan dia...
itulah dia...selagi boleh MENCIPTA PELUANG...CIPTALAH.

* kuasa BERDIAM DIRI
cth : kalau baby kita tak ada respon apa-apa...so what our react?? mesti kita ingatkan dia tidur...kalau tak tidur??? macam mana???
diam je...lama pulak tu...berjam-jam...so apa reaksi kita?? mesti kita risau..."kenapa anak aku ni tiba-tiba jadi pendiam...tengok ok je..bernafas lgi, buka mata lagi...apa yang tak kena??"


nak jadi dia bersuara semula..mesti kita main dengan dia...acah-acah dengan dia...
nampak tak?? sekali lagi dia berjaya buat kita terpengaruh dengan mendiamkan diri dia...
selagi boleh CIPTA PELUANG...CIPTALAH.

owh gitu...

"potensi / kuasa sahaja tak cukup, banyak lagi kita perlu lakukan..sebenarnya, potensi yang menyedarkan masyarakat yang kita wujud di sini....berada di sini...kita kena tingkatkan lagi potensi diri supaya orang senang pada kita."

ok teruskan...

"so kita perlu ada tindakan..
* berSYUKUR dengan nikmat Allah
ada dalam al-quran  Allah pernah sebut tapi sis tak ingat surah apa..
"kalau kita nak kira nikmat Allah memang tak pernah cukup"

"dan ingatlah ketika tuhanmu memaklumkan, sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmatku, maka pasti azab-ku SANGAT
 BERAT" (SURAH IBRAHIM : 7)

gunakan potensi pada jalan yang benar, janji Allah itu pasti...bersyukurlah dengan ucapkan ALHAMDULILLAH itu sudah memadai..

* jangan memPERLEKEHKAN diri sendiri
"yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah diberikan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. sungguh Allah maha mendengar, maha mengetahui." (SURAH AL-ANFAL : 53)

jangan memperlekehkan diri...ia boleh melemahkan diri..
bangkit!!! mengubah KELEMAHAN diri kita..

* TINGKATKAN daya pengaruh diri

" kamu (umat islam ) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (karena kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah....." 
(SURAH ALI IMRAN : 110)

jangan selesa yang ada pada diri kita..cuba menjadi yang terbaik kepada lebih baik..itulah umat islam... ^_^

#itulah dia...yang dikongsikan oleh Sir Amin Idris..thanks a lot dia atas perkongsian...bermanfaat sangat.
apa yang baik datang dari Allah, yang buruk dan lemah itu datang dari kelemahan sis sendiri...hakikatnya kedua-dua datang dari Allah..harap tak bosan untuk baca di BLOG SIS ni... 



Ulasan

Catatan Popular