Ada Apa Pada Tarbiah Dan Usrah???

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Rindu..rindu nak menulis. Rindu nak mencoret kat blog Girl in Circle ni. Kali ni post tentang ape? Mungkin sekadar coretan je. Mana yang baik, ambil. Mana yang tak baik, buang la jauh-jauh...insyaAllah :)

ok kali ni...ukht amani nak kongsi tentang....tentang apa eik????

USRAH


ok nampak tak perkataan apa tu???...nampak kan...hurm mesti korang semua terbayang kan apa tu usrah?? kalau yang pandai bahasa arab tu mesti tahu usrah tu maksudnya keluarga...dan kalau nak tahu usrah ni sangat-sangat penting pada setiap individu...nak tahu lebih lanjut jom tengok bawah....

KEPENTINGAN USRAH

patutlah usrah itu sangat-sangat penting kerana usrah ini diumpamakan seperti kita mahu membina satu rumah banglo yang besar dan cantik...jadi tapak/base dia mesti kena kukuh dan mengambil masa yang lama untuk membuatnya.....sama juga seperti kita mahu membina negara islam, kita mesti juga kukuhkan daripada bawah...daripada setiap individu umat islam sendiri.
Usrah bermaksud keluarga. Atau satu sistem yang di dalamnya ada seorang "naqib" dan ahli usrah. Naqib berperanan untuk membimbing dan mentarbiah anak-anak usrahnya, sehingga terbinanya peribadi muslim. Usrah sangat penting. Sangat-sangat penting!.. kalau tapak/base dah siap mudahlah ia akan membangun seperti bangun KLCC mula-mula tapaknya nak disiapkan memerlukan berbulan-bulan atau bertahun-tahun(ukht tak ambil tahu :P)....tapi bila dah siap mudah sahaja ia naik....tinggi lagi megah...sama juga dengan usrah kalau individu tersebut sudah menjadi seorang berperibadi muslim ia mudah juga menjadi keluarga muslim, seterusnya masyarakat muslim, lalu pemimpim yang berperibadi muslim seterusnya menjadi negara islam.
Tetapi kita kena ingat usrah yang kita mahu bawa itu mestilah berkualiti...kalau kita mahu lihat usrah itu berkualiti lihatlah content nya....bukan sekadar baca kitab-kitab tapi kita kena sertakan juga didikan tarbiah, Tarbiah ialah satu sistem didikan islam. Yang mana hasil dari didikan islam ini, terbinanya peribadi-peribadi muslim yang rabbani, yang memahami islam dan menjadi pemimpin umat. Tunjang tarbiah ialah USRAH.

TARBIAH,APAKAH ITU?

Bila sebut pasal tarbiah,ramai je yang mengaku:
”Aku ikut tarbiah!”

Tapi,betul ke kita ikut tarbiah?Tarbiah ni adalah satu proses,satu system,satu suasana yang mana hasilnya ialah,kita akan BERUBAH.Tarbiah=Berubah.Maknanya,kalau kita kata kita ikut tarbiah,tapi kita still tak tinggalkan jahiliah dalam diri kita,bermakna kita masih belum ikut tarbiah.

Tarbiah ni adalah tunjang segala benda.Kalau dalam satu Jemaah misalnya,kalau tak tekankan tarbiah,pergh..Hancur,akan berlaku kelam-kelibut,kucar-kacir dan yang sama waktu dengannya.Sebab orang yang tak ikut tarbiah ni,hatinya akan kosong,hidup tak ada matlamat yang jelas,kalau ada matlamat pun,matlamat itu tak tinggi.Tanpa memandang rendah orang yang tak ikut tarbiah,tapi itulah hakikat yang memaksa kita untuk ikut tarbiah walau apa keadaan kita pun.

TARBIAH,BAGAIMANA CARANYA?

Bagaimana cara nak ikut tarbiah,atau bahasa gempak sikit,"Apa KAYU UKUR" kita dah ikut tarbiah.Serius ukht Am cakap,ramai yang salah faham dengan tarbiah.Mereka ingat tarbiah ni adalah usrah semata-mata. Lantas ramailah persatuan atau organisasi buat usrah untuk ahlinya,lantas merasa puas dengan merasakan itulah tarbiah.

Sebenarnya,kalau betullah kita ni kata kita ikut tarbiah,kita bukanlah ikut usrah sahaja.Bukan! Tetapi,sejauh mana kita bersungguh ikut segala program tarbiah yang telah diaturkan,hadam segala buku-buku ketika usrah,fahami tasawur tarbiah dengan mendalam,cinta tarbiah,rindu tarbiah,amalkan segala input yang kita dapat sepanjang ikut tarbiah,BERUBAH dan tinggalkan jahiliah,dan lain-lain.


Kalau betul kita relakan diri untuk ikut tarbiah,kita nak tak nak kena TEKAD untuk tinggalkan jahiliah.Kita tak boleh biarkan hidup kita statik.Kita kena tunjukkan perbezaan antara ORANG YANG IKUT TARBIAH dengan ORANG YANG TAK IKUT TARBIAH,terutama dari sudut akhlak,cara fikir,hidup seharian dan lain-lain.Kalau kita pun sama macam orang lain,so,apa specialnya kita yang “mengaku ikut tarbiah” dengan yang lain?Sekadar pakai kopiah,pakai tudung labuh?

Kalau kita tak berubah dan tak “tamayyuz” dari orang lain,maka muhasabahlah.Sebab tarbiah sifatnya BERUBAH.Dan,kuasailah segala bahan usrah,bacalah buku-buku fikrah dan dakwah,bacalah sirah arrasul,bacalah tulisan-tulisan yang menghidupkan jiwa.Baca,bincangkan,bertanya,amalkan.


Kalau kita just datang usrah,balik.Datang usrah,dengar tazkirah sikit,makan,lepas tu balik,sekejap datang,sekejap tak datang…rugi syeikh.Tetapkan matlamat,apa yang kita nak sepanjang ikut tarbiah.Jangan sekadar menadah,ikut membabi-buta,tak proaktif,pasif dan tak semangat.

TARBIAH, APA HASILNYA?

 tarbiah menghasilkan seseorang yang sangat special dan lain dari yang lain.

Pernah di Tanya beberapa orang tentang apakah yang dia dapat sepanjang ikut tarbiah.Lebih kurang begini perbualan yang terhasil.

****

A:”Sejak kau ikut usrah,apa kau dapat?”
B:”Serius doh,aku syukur gila dapat ikut usrah.Kalau tak,aku tak tahulah jadi apa sekarang..”
A:”Apa gambaran kau tentang tarbiah ni,best tak?”
B:”Best gila kot.dapat feel ukhwah,dapat bincang buku-buku fikrah,program macam-macam dan                                                                              lain-lain.serius best.
A:”Tak rasa tension ke ikut tarbiah ni?stress ke,something like that…”
B:”Takla.rilek je.best kot.Aku syukurla dapat rasa nikmat tarbiah ni….”
A:”Lagi,apalagi pandangan kau tentang tarbiah?”
B:Tu jela.Dapat ubah hidup kita dari baik ke jahat,best,banyak program dan lain-lain….”
A:”Hmmm….”

Rasa-rasanya,begitukah TASAWUR tarbiah?Hanya just dapat ubah diri kita?Yes,BERUBAH adalah kayu ukur.Tapi,tarbiah tak melahirkan orang yang “Hanya baik”.Tarbiah menghasilkan orang yang FAHAM ISLAM secara menyeluruh dan berusaha menyampaikannya pada orang lain.


"Kalau kita rasa tarbiah yang kita ikut adalah “seronok”,”Osem”,”Best” dan tak tertekan,maka tasawur kitatentang tarbiah adalah salah.Ya,tarbiah memang best dan seronok.Tapi,”Keseronokan tarbiah adalah pada tekanan yang kita hadapi ketika melalui tarbiah”.Percayalah."

Ibarat orang yang makan sambal belacan,sampai nangis,Nampak macam terseksa,tetapi hakikatnya nikmat!Sambal Belacan yang tak berjaya mengeluarkan air mata kita adalah sambal yang tak jadi dan kurang.Begitu juga TARBIAH.Selagi kita tak pernah menangis tertekan,selagi otak kita tak stress dan risau kerana memikirkan dakwah,selagi kita tak pernah balik rumah dalam keadaan “lunyai”,hakikatnya,kita masih belum merasakan NIKMATNYA TARBIAH.

Tarbiah menghasilkan seorang DAIE.Tarbiyah melahirkan seorang yang rabbani.Apa itu rabbani?Rabbani ialah daie,pemimpin dan fuqoha’.terhimpun padanya ketiga-tiga sifat ini.Andai kita tak pernah memikirkan dakwah,bagaimana nak ubah orang,macamana nak selamatkan kawan kita,risau akan umat,menangis dengan beban dakwah,sedih kerana di kutuk dan dipandang “sombong”,”poyo” oleh orang lain,maka muahasabah semula,adakah kita dah ikut tarbiah.


Soalan simple:
“Sekarang,siapakah orang yang aku sedang dakwah?”
“Buku fikrah apa yang aku kena hadamkan bulan ini?”
“Qiamullail aku istiqomah atau tidak?”
“Pernahkah aku menangis memikirkan mad’u aku?

Teruskan menyalahkan diri sendiri.Itulah sifat muhasabah.Sentiasa menempelak,merasakan diri salah,lemah,longlai,tak lengkap,cacat cela,lantas taubat pada Allah.

P/S : Alhamdulilah habis pun...maaf kan Ukht Am jikalau ada perkataan yang tidak sopan diatas...Terima Kasih pada Admin Blog Tarbiah Sentap...kerna dari situ ana dapat rujukan...WaAllahualam yang baik datang Dari Allah yang lemah itu datang dari ana sendiri..Assalamualaikum

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular