HiMEGA 2016 terbaik !!


Assalamualaikum...apa khabar semua?? mashaAllah dah lama ana  tak update blog ni..:D dah berhabuk pun...fuhh fuhh.. (tiup habuk)

alhamdulillah kali ni ana nak update pengalaman ana pi HiMEGA.. ^_^ 
banyak sangat yang ana dapat...so ana tak naklah kedekut ilmu...so ana kongsikanlah di sini..


slot kesungguhan dan komited oleh brother syed zulfaqar

kesungguhan---> segenap dan sepenuh hati, tekun dan tidak bermain-main
komited ----> setia dan sanggup memberikan masa dan tenaga untuk sesuatu yang dipercayai,           memberi janji untuk terlibat dalam sesuatu pelaksanaan.

"if you does not know history, you like you were born yesterday"
sejarawan barat (maaf kalau salah grammarnya tu)

brother Syed zulfaqar dalam slot ni telah memperkenalkan seorang tokoh islam kepada kami..
iaitu Al Ustaz Dr Mustafa Sibaie
*lahir di homs/hims di Syria pada tahun 1915
*memulakan pengajian dan menamatkan PhD di Universiti Al-Azhar 
*pada tahun 1957 telah lumpuh separuh badan
*meninggal ketika umur 49 tahun selama 7 tahun menahan derita lumpuh
*di mesir jugalah beliau bertemu Sheikh Imam Hassan Al-Banna 
* telah menghasilkan buku yang bertajuk "Sunnah dan peranannya dalam perundangan islam"

banyaklah sebenarnya sejarah tentang beliau..tapi antum boleh search sendiri dalam google nanti ya..
apa yang ana simpulkan dari slot ni...kita boleh pengajaran dari kehidupan Al-Ustaz Dr Mustafa Sibaie yang bersungguh-sungguh dalam kehidupan beliau untuk menegakkan islam di kota Syria. Antaranya beliau lah orang pertama menubuhkan lujnah Syuunil Islam Fil Azhar, selain itu, menghasilkan banyak buku..salah satu yang ana tulis diatas. seterusnya, beliau sanggup mengasaskan fakulti pertama pengajian Syariah di Syria sedangkan beliau tahu beliau tidak akan di naikkan pangkat di fakulti undang-undang kalau beliau menubuhkan fakulti baru. Terakhir sekali, beliau sangat komited mengikut halaqah yang di bawa oleh para ulama.

" kekuatan diri bukan bergantung pada tubuh yang sasa tetapi kekuatan 
iman yang bergantung pada Allah"
(Bro Syed ZulFaqar)

Slot Alim Mujahid oleh Brother Erwan Zaki
alim ---> ilmu pengetahuan 
"menimba ilmu ada satu kefardhuan bagi setiap muslim"
(hadis tp tak ingat perawi)
mujahid ---> orang yang bersungguh-sungguh

"(apakah kamu orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadah pada waktu malam dengan sujud dan berdiri, kerana takut kepada azab akhirat dan mengharapkan rahmat tuhannya? katakanlah, "apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ?" sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran"
Surah Az-zumar : 9

"..dan apabila dikatakan , "berdirilah kamu", maka berdirilah , niscaya Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. dan Allah maha teliti apa yang kamu kerjakan "
surah Mujadilah : 11

  • Tujuan kita mencari ilmu utuk keluar dari kejahilan demi mencari kebenaran.
  • Orang yang bersyukur akan hilang perasaan bangga/riak dalam diri.
  • Alim Mujahid ini adalah orang yang berilmu diikuti dengan kesungguhan dan tidak akan bermegah-megah dengan ilmu yang dimiliki.
  • Benda penting yang alim mujahid perlu ada QUDWAH = CONTOH/TELADAN
cara-cara untuk mencapai alim mujahid :
  1. Teguh dalam aqidah
  2. jernih dalam fikrah
  3. cemerlang dalam akademik
  4. aktif dalam dakwah
  5. kerjaya sebagai wasilah jihad
"sesungguhnya iman itu boleh seperti lusuhnya pakaian. maka hendaklah kamu memohon doa kepada Allah supaya di perbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu"
(HR Al Hakim dan Tabrani)

"jalan tarbiyah adalah jalan yang jauh, sukar dan bertahap-tahap.sedikit sekali yang mampu mengharungi jalan ini,tapi ianya satu-satunya jalan untuk sampai kepada kejayaan"
(Dr.Yusuf Al-Qaradhawi)

"Alim Mujahid sentiasa ingin membantu masyarakat. Bahkan, diaplikasikan terhadap ilmu yang diperolehi dengan berjihad di jalan Allah"

"Tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya hanya dapat di raih dengan Tarbiyah"

"Alim Mujahid bukan sekadar berilmu tetapi bersungguh-sungguh untuk mencari redha Allah"

waAllahualam...sekadar di sini ja yang ana mampu kongsikan..ada banyak lagi sebenarnya..tapi ana penat nak menaip...

ana sangat berpuashati dengan program yang ana pergi ni..tak sia-sia pergi...banyak yang ana belajar...
terima kasih pada para fasilitator dan urusetia yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ni...
moga Allah membalas kebaikan antum semua..
ramai kenalan yang ana kenal..daripada MATRI,SMAKL,SMIK,IBRAH dan lain-lain..
terima kasih banyak-banyak kepada group ana..
Aini Atiqah, Hanim, Nabilah, Puteri, Anis, Husna, Alia, Aisyah, Syahirah, Mursyidah dan Nurin daripada group pertama yang berfasilitatorkan k.syahirah shiro..
terima kasih banyak-banyak juga (peserta himega)...antum semua telah banyak kongsi ilmu, nasihat dan macam lah dengan ana..
daripada situ ana dapat belajar sesuatu..
moga ukhuwah kita kekal hingga ke jannah...
Himega 2016  terbaik...


picture credit by Syakirin Al-husna

Ulasan

Catatan Popular