cerpen 02 : My Experience

Musolla As-Syddiq, 01:20 PM

          setelah usaiku memakai telekung, aku bersandar sekejap pada dinding musolla bercat putih. sedang aku berzikir tiba-tiba, aku dikejutkan dengan satu suara..rupa-rupanya junior aku...Farah .

         "assalaumualaikum, k.Amani maaf menggangu..kita nak minta pendapat sikit dari akak boleh tak???" soal Farah. "Urgh....Allah harap-harap jangan dia tanya mcam-macam sudah lah..".aku bermonolog dalam hati.

         "walaikumusalam..owh Farah rupanya, pendapat eh????..inshaAllah boleh..tapi lepas solat, boleh??". Farah melihat pelajar yang lain juga telah bersiap membuat saff. lalu dia tersengih sambil menganggukan kepala sebagai tanda akur. "haih..Mentang-mentanglah ABC (Allah bagi cuti)" aku bermonolg dalam hati.

        setelah selesai solat dan berdoa aku kembali ke belakang duduk di sebelah Farah yang khusyu' berzikir sambil memengang tasbih elektroniknya. sampai aku dekat sebelah pun tak perasan.

        "uit,Assalamualaikum..dah sampai mana berzikir??? Mekah?? ke Istanbul (negara yang dia ingin pergi)" sambil bahuku sengaja dilangarkan pada bahu dia.

        "Allah (melatah)..oh..dah siap eh?? hehehe..tak perasan pula...hah..macam ni akak pernah tak rasa suatu perasaan macam kita nak diri kita disayangi dan kita mahu menyanyangi seseorang???". soal Farah dengan riak muka beriya-iya. "urm..boleh tahan juga soalan dia ni...jawab jelah bismillahirahmanirahim.."hati aku bermonolog.


        "My dear, to love someone is nothing, to be loved by someone is something..to be loved by someone you love is exciting...but, to be loved by Allah is everything". cewah..speaking konon aku..(-_-')..sambung na.."Farah, akak sebenarnya pernah  alami benda ni...paling ketara waktu akak form 3..macam awak nilah..tapi alhamdulilah lepas PMR...akak naik form 4 perasaan tu dah kurang sikit-sikit..nak tahu macam mana akak kurangkan dia????" soalku. lalu Farah mengangguk.

        "first of all, akak bermusyawarah dengan ayah umi...alhamdulilah diorang bagi respon positif pada akak..dan akak paling ingat pesanan ayah akak yang satu ni..dan dia suruh tanamkan pada hati..bahawa JODOH untuk kita pasti ada..jangan risau pasal JODOH..Allah dah tetapkan pun pada kita sebelum kita lahir lagi di dunia ni..tapi kalau kita tak dapat pun..jangan risau dekat syurga ada yang menanti..".

         "owh...untuk kita(perempuan) pun ada eh??? apa dia?? bidadara ke??? ". soal Farah.

         Aku gelak melihat gaya Farah, aku sambung. " Farah ni...mestilah ada untuk kita..tetapi dengan satu syarat...syaratnya kenalah jadi wanita solehah dulu dekat dunia ni..dan dia bukan bidadara.. tapi dipanggil WILDAN. dekat dalam alquran Allah ada sebut. Bismillahirahmanirahim...

maksudnya :
mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal 
(dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka

(s.al-waqiah:17)

hah...itulah balasannya juga untuk kita nanti di syurga...tak percaya???...dengar ni..

maksudnya :

(semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.

(s.al-waqiah:24)


Farah tak payah ragu-ragu..ni Allah sendiri kata tau..inshaAllah farah jangan risau...pasti ada satu masa kita dah bersedia..Allah akan beri. dan datang pada kita dengan cara yang halal..kalau tidak ada..jangan risau..di syurga menanti.."

      Kami berdua bangun setelah usaiku melipat telekung, menuju tempat letak kasut kerana loceng sekolah sudah berbunyi menandakan kami perlu masuk ke kelas masing-masing. sebelum itu, sempat ku berpesan pada Farah. 

      "Farah, hidup remaja terlalu mencabar. Dugaan cinta macam ni akan datang silih berganti. sebab itulah kita perlu sangat pada tarbiah agar kita tak hanyut. Alhamdulilah sekarang akak rasa gangguan tu semakin berkurang pada diri akak..terasa lapang je dada ni..lagipun tahu ni kan kita berdua ada periksa besar akak SPM, awak PT3..jadi kena FOKUS!!. Akak ingat lagi, waktu lepas PMR akak tak ingat langsung perasaan tu sebab waktu tu akak terlalu risaukan result PMR yang bakak keluar..dan sebelum PMR akak sibukkan juga baca & hafal juz amma supaya boleh digantikan dengan perasaan tu...sekarang alhamdulilah..now look at me..FREE...just be SINGLE before married, Allah love you much..dan ingat jaga diri, jaga iman, jaga hati..inshaAllah syurga menanti..". aku senyum kerana puas.

     "alhamdulillah..inshaAllah kita cuba amalkan..kita yang dengar cerita akak pun kita terasa lapangnya..walau apa-apa pun jazakAllah khairan khatiran..di atas nasihat akak..oklah kak..masa untuk masuk kelas..assalamualaikum.."

     kami bersalam semut. cantik je Farah ni aku tengok.inshaAllah dari pandangan mataku dia SOLEHAH. Sewaktu ku melangkah untuk menuju kelas, sempat ku bermonolog dalam hati.

Jauh ku berlari,
Mencari erti cinta,
Yang ku temui,
Hanyalah jauh dari-NYA,

Cukuplah..
Cukuplah dengan kealpaan semalam,
Takkan ku ulangi dosa-dosa silam,
Hanya bersamamu cinta sejati bersulam
Akan ku damba-mu siang & malam,
Allahu..



**TAMAT**

P/S : minta maaf pada sesiapa membaca....jikalau ada-salah-salah tu boleh betulkan dkat comment ukht Am ni tak lah hebat sgt dlam bidang penulisan..just testing-testing..hehe..:)
yang baik datang dari Allah yang lemah tu datang dari ukht am..tetapi hakikatnya kedua-dua datang dari Allah..terima kasih kerna membaca..^_^





Ulasan

Catatan Popular