Adab-adab Menyambut Tahun Baru Islam

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah dengan izin Allah kita masih diberi peluang untuk menghirup udara-NYA..syukur sampai sekarang kita masih dapat menikmati 2 nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan nikmat islam.

pejam celik..pejam celik tak sangka kita umat islam dah nak sambut tahun baru..rasa macam baru bulan lepas kita sambut maal hijrah 1345..ini..tup-tup dah nak masuk tahun baru islam 1436...subhanAllah...agak-agaknya 
banyak tak amal yang kita sudah lakukan??
DOSA???? lagilah...

ok hari ni sis am nak kongsi tentang:

adab-adab dalam menyambut tahun baharu

yang pertama mestilah baca doanya...
ingat tau baca sebelum maghrib..

yang kedua baca doa juga tapi untuk awal tahun..
ingat baca selepas maghrib..

AMALAN-AMALAN SUNAT
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam: 
  1. Berpuasa 
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

     2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.


     3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali

     4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)
  • Melapangkan masa/belanja anak isteri : Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini
  • Memuliakan fakir miskin : Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
  • Menahan marah : Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha
  • Menunjukkan orang sesat : Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
  • Menyapu/mengusap kepala anak yatim : Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya
  • Bersedekah : Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini
  • Memelihara kehormatan diri : Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan
  • Mandi Sunat : Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala”
  • Bercelak : Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu
  • Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali : Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti
  • Sembahyang sunat empat rakaat : Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala”*Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali
  • Menjamu orang berbuka puasa : Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa
  • Puasa (Niat) – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala “  : Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka
  • Pautan sumber : http://www.mysumber.com/bacaan-doa-akhir-awal-tahun-hijrah-dan-amalan-sunat.html#ixzz3H1uWG7cf


jikalau tersilap maklumat atau dalil-dalil tidak diiktiraf harap dapat menegur sis..^_^ kita sama-sama berlajar..
yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari kelemahan sis sendiri..



Ulasan

Catatan Popular