cerpen 01 : hidayah Allah


بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum Farouq,
Anis minta maaf,
mungkin di sini sahaja hubungan kita..
kita 'PUTUS'.........
                                    ~Anis Najwa Solehah~

mesej dihantar oleh Anis pada Farouq. Hati Anis lapang....bagai melepaskan satu bebanan yang terhitung kalinya berat. 
Dia nekad untuk memutuskan hubungannya bersama Farouq. Walaupun semua ciri-ciri suami yang di ingini olehnya ada pada Farouq tetapi dia tetap pada pendiriannya. Seketika..satu mesej masuk pada handphone milik Anis. Daripada Farouq...Anis membukanya..

walaikumusalam, kenapa Anis???? apa salah Farouq??
kenapa tiba-tiba buat keputusan melulu...
bukankah kita sudah berjanji untuk teruskan hubungan ini 
sehingga jinjang pelamin???
kita tak pernah berdating..kalau ber-SMS kita saling beri nasihat..
kenapa???
Farouq tinggal 3 tahun untuk habis kan pengajian..
sabar ye..wahai Anis..
                            ~Farouq Solihin~

Anis terasa di kalbunya, dia mengagahkan jua untuk membalasnya.

Farouq tak bersalah..
Anis pun tak bersalah..
tetapi cara kita yang SALAH...
adakah Farouq ingat semua itu...
kita sama-sama pelajar bahagian agama
just universiti lain-lain..
adakah kita menimbangkan hubungan kita ini 
sama ada Allah REDHA atau TIDAK..
adakah kita nilai semua itu..
lagipun, kita sedang belajar tak sesuai lagi buat masa ini..
harap Farouq faham keadaan Anis..
moga-moga Farouq suatu hari nanti berjumpa dengan muslimah 
yang lebih baik berbanding Anis
harap lepas ni kita tak akan contact lagi
#JodohItuPasti
                                  ~Anis Najwa Solehah~

mesej di hantar. sebak hati Anis ketika membalasnya. Dia redha...biarlah hatinya sakit bila cintanya dengan Farouq terputus ditengah jalan...asalkan cintanya pada Allah dan Rasul tetap di hati. 

"Anis...ko tak boleh lemah semangat macam ni..sekarang baru putus cinta dengan Farouq, kalau dengan Allah apa ntah lagi. sekarang kau kena kuat dan minta pada Allah"

Anis memberikan semangat pada dirinya. Lalu dia bangun dari tempat duduknya menuju ke ruang solat yang sudah tersedia ada tempat ambil wudhu. Setelah selesai solat sunat taubat, berdoa dan mengaji Al-quran. Dia bangun mengambil semula handphone nya mencari-cari kenalan yang bernama Layyinul Harir. Di situlah tempat kedua yang menjadi tempat mengadunya selepas Allah. Dialah ketua Halaqah  Anis yang sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak. Umurnya lebih tua dari Anis 2 tahun.

          "Tuut..Tuut...Assalamualaikum" suara disana kedengaran.

           "Walaikumusalam, K.Lien ni Anis...akak apa khabar?? Anis menggangu ke??
 sebenarnya Anis nak luahkan sesuatu pada akak..."

         "SubhnAllah Anis!!!..Alhamdulilah akak sihat..Anis apa khabar?? eh, tak menggangulah akak baru lepas susukan Hurun. boleh je nak jadikan akak tempat luahan hati Anis.."

         "Alhamdulilah Anis sihat..k.Lien, tadi Anis baru je ber SMS dengan kawan tetapi lelaki..rapat lah juga.."teragak-agak Anis mahu memulakan ceritanya

         "Boyfriend ke Anis??" tanya Layyinul Harir

         "Erm...betul lah tu.., kami bercouple daripada Anis mula daftar ke universiti. Tetapi kami baru je putus tadi akak... sebab Anis teringat ceramah Dr.Hijriah minggu lepas di dewan utama sempena karnival MUSLIMAH SOLEHAH  beliau ada kata COUPLE is HARAM ia adalah salah satu jalan untuk menuju zina..sedangkan dekat al-quran 
Allah ada berfirman :
           
"Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk"
(S.Al-isra':32)
         dan  Anis teringat kata-kata k.Fatimah dia kata kalau kamu couple 20 tahun sekalipun..kamu tak akan kenal dia..yang kamu kenal adalah lakonan dia....jadi,dari situ Anis rasa berdosa....walaupun kami tak pernah berjumpa..just contact tetap hati Anis tak tenang. Anis terfikir adakah Anis ni layak bergelar hamba-NYA walaupun selama ni Anis bangun malam, solat malam, solat 5 waktu dan mengaji sedangkan Anis ni dalam keadaan berbuat maksiat pada-NYA. Anis bertekad nak putuskan hubungan kami ni tanpa ragu-ragu.. akak rasa Allah ampunkan tak dosa Anis ni???" dengan nada sebak Anis bercerita.

        "Alhamdulilah, kalau Anis dah berubah ke arah lebih baik...akak still sokong Anis 100% dari belakang. Anis...Allah itu maha pengampun...mengampun semua dosa-dosa hambanya. walau seluas lautan..ingat tak firman Allah dalam al-quran yang mulia yang berbunyi:

"katakanlah,'wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! 
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. sesungguhnya allah mengampuni dosa-dosa semuanya. singguh, 
dialah yang maha pengampun, maha penyayang'"
(S.Az-zumar : 53)
         cuba Anis bayangkan diri kita ibarat cawan. kalau kita tak tuang air ke dalamnya, molekul-molekul udara akan masuk..begitu juga diri kita..Anis jika tidak dituang dengan ilmu & iman, anasir-anasir lain juga akan akan masuk. Kita hajat kepada TARBIAH agar hidayah Allah tidak hilang. Hati kita perlu bekalan iman. Kita mesti terlalu hajat kepada hidayah Allah. Ke mana pun kita lari dan pergi, kita akan kembali kepada Allah. Kita tak boleh sombong dengan Allah..Allah boleh menapis diri kita daripada mendapat hidayah-NYA pada bila-bila masa saja. kita perlu bersyukur dengan hidayah Allah dan perlu berusaha mengekalkannya. Allah dah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita. mengapa kita nak sia-siakannya???. 
        
          Anis lepas ni cuba berhenti contact dengan si dia. Supaya tidak  menjadi pisang berbuah dua kali..ikhtiar dan tawakal pada Allah. minta pada Allah banyak-banyak insyAllah Allah akan beri...mungkin bukan hari ni mungkin esok??..." nasihat k.Lien dengan penuh hikmah..terharu Anis. Hatinya seakan-akan di siram oleh air iman yang bersih.

        "Alhamdulilah k.Lien, Jazakillah khairan khathiran jiddan-jiddan...lapang hati Anis dengar nasihat akak...insyAllah Anis cuba cari jalan supaya si dia tak menggangu lagi Anis"

        "wekk!!wekk!!(bayi nangis).. eh, Anis...Hurun dah menangis tu..akak minta diri dulu ye...lain hari kita berbual lag...akak minta maaf sangat-sangat" pinta k.Lien.

      "eh,..tak apa k.Lien...patutnya Anis yang minta maaf ganggu akak dengan Hurun..insyAllah kita boleh jumpa di halaqah nanti. selamat malam"

     "terima kasih Anis, insyAllah jaga diri , iman, hati..Assalamulaikum"

     "sama-sama..insyAllah walaikumusalam" jawab Anis. kedua-duanya meletakkan telepon masing-masing.

     "Alhamdulilah...hidayah semua datang dari Allah.. jadi aku kena pegang seeloknya-eloknya. ok!! Anis bersungguh-sungguh pada hari esok dan akan datang!! melawan hawa nafsu. Aja-aja fighthing" hati Anis bermonolog dengan penuh semangat untuk menempuh ujian hari esok.



****TAMAT****


p/s: cerpen ini rekaan semata-mata tiada kena mengena antara hidup dan mati...perkara yg baik datang dari Allah yang lemah datang dari saya sendiri...assalamualaikum...w.b.t


         






Ulasan

Catatan Popular