Bismillahirahmanirahim...Rindu..rindu nak menulis. Rindu nak mencoret kat blog Remaja ni!!!..>.< (sebab skolah kan...) insyAllah benda baik2 je...^_^ 
hah...hari ni ukhti amani nk tulis tentang tidur...tidur dalam suasana gelap...ini saya copy dari  facebook :https://www.facebook.com/photo.php?fbid=602517796460832&set=a.562676903778255.1073741834.100001078518218&type=1

TIDUR DALAM KEGELAPAN 
by Drjaffry hassan



Ruangan yang gelap bukan sekadar menyimpan haba dengan lebih baik, akan tetapi lebih baik lagi dari segi menerima atau menyerap gelombang. Sebagai contohn di musim sejuk atau di waktu malam anda perlu memakai pakaian putih atau bewarna cerah kerana ia akan memantulkan gelombang yang tidak elok ke atmosfera lalu menyebabkan luaran tubuh anda menjadi nyaman (sejuk) dan tekanan keseimbangan akan berlaku dan ini akan menstabilkan sel-sel tubuh.

Rahsia cahaya kegelapan adalah rahsia air manakala rahsia cahaya panas dan terang benderang adalah rahsia kimia yang sebenarnya diserap secara seimbang di dalam tubuh kita. Tidur dalam kegelapan yang hening juga dapat memutuskan gelombang-gelombang elektron (keduniaan) yang tidak seharusnya dibawa bersama dalam tidur.

Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung amat-amatlah disarankan agar dapat tidur di dalam kegelapan malam (tanpa cahaya) untuk menjaga kandungannya agar terhindar daripada gelombang yang tidak baik.

Kegelapan sebenarnya mempunyai kelajuan tenaga untuk mengubah sesuatu daripada pelbagai maklumat yang telah terperangkap dalam tubuh kerana di dalam tubuh terdapat memori air. Ini bermakna penyakit boleh bertukar bentuk atau sembuh semasa dalam keadaan tidur yang damai.

Manakala tidur yang dalam keadaan terang-benderang atau tidur di waktu siang pula, dalam keadaan yang tidak sedar anda telah mencipta pelbagai penyakit dan dengan disedari atau tidak anda juga telah mencipta penyakit yang berkaitan dengan masalah perasaan (mudah merungut, timbul rasa ragu-ragu dan timbul perasaan mudah ketidakpuasan hati) serta terjadinya lembab kepada alam pemikiran.

Cara Tidur Yang Sebaik-Baiknya Diamalkan Oleh Rasulullah S.A.W.

1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan solat Isyak jam 9.30 atau 12.00 dengan keadaan berwuduk.

2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.

3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar (bersolat subuh).

4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus dan cepat hadamkan makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

Diantara Waktu-Waktu Yang Tidak Dibenarkan Tidur

1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.

2) Selepas masuk waktu Asar.

3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.

Tidur di dalam kegelapan (tanpa adanya cahaya lampu) adalah tidur yang amat menyihatkan. Manakala tidur di waktu siang dan di waktu malam tetapi dengan lampu dan cahaya yang terang atau separuh terang adalah tidur yang amat memenatkan. Pelbagai penawar atau ubat dasar yang ada di dalam tubuh kita yang akan dikecapi apabila anda tidur di dalam kegelapan malam.

Penyembuhan boleh dirasai dengan tanpa adanya sebarang kesan tindak balas. Pastikan anda benar-benar dapat tidur awal dan bilik tidur anda berada di dalam kegelapan. Kegelapan bererti akan berlaku perubahan, pertukaran dan penyerapan bentuk tenaga dengan tanpa kita sedari.

INGAT ! Tidur dalam kegelapan sebenarnya adalah, anda sedang merawat diri anda dan juga merupakan terapi yang paling hebat.


semoga kita bersama dapat mengamalkannya...jazakAllah...

Ulasan

Catatan Popular