Sahabat pelangi

Bismillahirahmanirahim...Rindu..rindu nak menulis. Rindu nak mencoret kat blog Ukhti Amani ni. Kali ni post tentang ape? Mungkin sekadar coretan je. Mana yang baik, ambil. Mana yang tak baik, buang la jauh-jauh...insyaAllah :) ..tapi kali ni saya nak post tntang sahabat sejati

umi saya kata nak cari "sahabat suka memang senang cari tetapi sahabat berduka susah dicari"
betul cakap umi tu..Alhamdulilah sahabat-sahabat saya semuanya baik-baik dan senang memahami..
Tujuan saya mencoret ini kerana saya ingin memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat saya di SMIAS. Terutamanya kepada 2 orang sahabat saya ini :(..pada hari yang sama dan masa yang sama saya telah kecewakan 2 orang ini...(erm..ana minta maaf...T_T)

sahabat sejati

Jadilah sahabat bagaikan pelangi, jarang sekali ia hadir, namun sudah cukup menceriakan hati. Sahabat yang baik, hadirnya menenangkan, perginya tidak membuatkan kita gelisah. Kerana kita tahu dia pandai menjaga diri dan iman.
Sayangkah kita pada sahabat? Kita cakap kita sayang, tetapi bila kita melihat di depan mata mereka melakukan kesalahan, kita akan teragak-agak untuk menegur. Takut-takut kalau ditegur nanti akan ada yang terasa hati. Tetapi kita patut lebih takut apabila nanti tidak bertemu di syurga. Kalau boleh ke syurga bersama-sama.
Sahabat itu susah dan senangnya bersama. Sahabat itu berlapar bersama. Sahabat itu berpanas berhujan bersama. Sayangilah sahabat kerana Allah. Insya Allah, sahabat juga akan sayangkan kamu.

ٱلۡأَخِلَّآءُ يَوۡمَٮِٕذِۭ بَعۡضُهُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ إِلَّا ٱلۡمُتَّقِينَ
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).
(Surah Az-Zukhruf 43: Ayat 67)

Ana sayang semua sahabat-sahabat ana..kerana Allah!..terima kasih pada sahabat ana (3 orang) yang selalu menjadi tempat luahan hati..terima kasih sangat2 terima kasih bagi kata2 semangat..ana menghargainya..ana minta maaf kepada semua sahabat-sahabat SMIAS! biasalah manusia tak pernah jauh dari kesilapan...sampai disini sahaja coretan UKHTI AMANI... ^^ 

sebuah puisi untuk sahabat 

Sahabatku..
Tahukah,
Pribadimu memang memesona
Hidupmu adalah ibadahmu
Tak aneh bila engkau menjadi hamba Allah yang luarbiasa

Sahabatku..
Tahukah,
Apa yang kau lakukan selalu membuatku takjub
Mandiri, optimis, ambisius, ceria, cerdas, sholehah
Semua itu ada padamu

Sahabatku..
Tahukah,
Kamu adalah salah satu inspiratorku
Aku akan berusaha menjadi pribadi yang lebih baik



jazakAllah

Ulasan

Catatan Popular